Sejarah SK Ijok



Dibina pada 01.04.1947 dengan kerjasama penduduk Kampong Ijok. Pada tahun tersebut hanya terdapat 3 bilik darjah sahaja dengan bilangan murid seramai 85 orang.
Pada tahun 1958, bangunan asal telah dirobohkan bagi membina bangunan baru yang mengandungi 5 buah bilik darjah.
Pada tahun 1967 , 3 buah bilik darjah telah ditambah dan menjadikan bilangannya sebanyak 8 buah bilik darjah.
Pada tahun 1980, satu bangunan 2 tingkat telah dibina dengan menempatkan 3 buah bilik darjah, pejabat sekolah, pejabat guru besar,penolong kanan dan bilik guru. Seterusnya pada tahun 1998, sebuah bangunan 3 tingkat telah dibina di mana ia menempatkan sebuah bilik pusat sumber, bilik muzik, stor, bilik BOSS, bilik guru dan 6 buah bilik darjah.
Sehingga kini bilangan bilik darjah yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak 16 buah termasuk 2 buah bilik darjah prasekolah.

Guru-guru SK Ijok



Hadis Kudsi

Hadis Qudsi ialah hadis yang makna atau isi kandungannya datang dari Allah swt. tetapi lafaznya dari Rasulullah saw. Allah menyampaikan hal itu kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi. Berbeza dengan AlQuran yang diturunkan bersama lafaznya oleh Allah kepada Nabi. Hadis Qudsi ialah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi tidak bersama lafaz sekali.
Kebiasaanya hadis qudsi diriwayatkan dengan ungkapan Nabi saw. bersabda dikuti dengan ungkapan Allah berfirman..

Sakit Menghapus Dosa

Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Ziarah Kubur

Dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)

Abu Said al-Khudri berkata Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran". (HR Ahmad dan al-Hakim)