RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


TUNJANG         : Sains dan Teknologi (Matematik)
KELAS              : Prasekolah Inspira
TARIKH            : 21.03.2012
HARI                : Rabu
MASA              : 9.30 – 10.00 PAGI
BIL MURID      : 25 Orang ( 5 tahun)
TAJUK              : Konsep nombor
ST. PEMBELAJARAN: 7.1 Memahami nombor 1- 5
ST. KANDUNGAN: 7.1.5 Memadankan angka 1-5 dengan bilangan objek yang betul
KEM.UTAMA   : Murid boleh memadankan angka dengan bilangan objek
OBJEKTIF         : Pada akhir pengajaran murid dapat;
1.      Menyebut angka 1 – 5 dengan betul
2.      Murid memadankan nombor dengan bilangan objek yang betul
ALATAN /BBM : Kad nombor, bongkah lego, tali, kad padanan, bakul, kertas pelekat
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
                        : Murid sudah kenal dan boleh sebut angka 1 – 5 dengan betul
                        : Murid tahu urutan nombor 1 hingga 5 dan pernah membuat aktiviti padanan
                          Sedikit dan banyak dalam kemahiran yang lepas.

RUJUKAN GURU: Rancangan Pelajaran Tahunan Prasekolah, KSPK, Unit Prasekolah
                             www.moe.gov.my
 
MASA/ LANGKAH

ST.KANDUNGAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID
CATATAN/ BBM


SET INDUKSI (5MINIT)

Menyanyi dengan sebutan yang jelas

1.Guru menyanyikan lagu “Jari, tap,tap,tap”
Guru tunjuk jari – satu jari dan nyanyi:
Satu jari, satu jari,satu jari,tap,tap, tap
Tunjuk atas, tunjuk bawah satu jari, tap, tap, tap. (buat dua jari, tiga jari,empat jari dan lima jari)

1.Murid ikut guru nyanyi sambil buat gerakan.

2.Murid nyanyi secara kelas dan dengan bimbingan guru.

Murid, guru

Jari adalah deria sentuh.

LANGKAH
   (1)
( 5 MINIT)


Menyebut dan mengenal angka 1 - 5

1.Guru meminta murid menyebut angka satu dan menunjukkan kad nombor 1.

2.Guru ulang sebut angka dua, tiga, empat dan lima.

3.Guru sebut angka secara rawak dan minta murid tunjuk kad nombor.

1.Murid sebut dan tunjuk kad nombor dengan betul ikut guru


2.Murid sebut angka dan tunjuk kad nombor dengan betul

3.Murid tunjuk kad nombor ikut angka yang disebut oleh guru secara rawak.

Kad nombor

Pelekat


LANGKAH
    (2)
( 5 MINIT )
















Memadankan objek dengan angka yang ditunjukkan


1.Guru memadankan angka satu dengan bongkah lego yang dimasukkan dalam tali.
( 1 dan objek 1)

2.Guru ulang dengan dua dan masukkan bongkah satu persatu dan cukup bilangan dua padankan dengan angka dua pada kad.


3.Guru ulang dengan angka 3,4 dan 5.

1.Murid menyebut angka dan bilangan objek yang dipadankan.


2.Murid menyebut angka yang ditunjuk kan oleh guru. Murid sebut jumlah bongkah yang dimasukkan ke dalam tali.


3.Murid sebut angka dan jumlah objek yang dimasukkan dalam tali


Tali, kad nombor,    bongkah lego.











LANGKAH
   (3)
(5 MINIT)

Menyebut angka yang ditunjukkan secara rawak

1.Guru beri murid bongkah lego dan guru sebut angka secara rawak.

1.Murid tunjukkan bongkah ikut yang disebut oleh guru

2.Semua murid memberi jawapan secara bergilir-gilir

Bongkah lego bakul


LANGKAH
   (4)
(6 MINIT)









Menyebut,dan memadankan angka 1 – 5 dengan objek yang betul

1.Guru beri setiap kumpulan murid kad
angka 1 – 5 (ada lima kumpulan murid)

2.Guru beri setiap kumpulan pelekat warna hijau.

3.Guru arahkan murid untuk memadankan angka dengan bilangan objek yang betul




1.Setiap murid akan memadankan satu kad angka(5 orang murid dalam setiap kumpulan)

2.Murid padankan angka 1 dengan pelekat Satu.

3.Murid memadankan objek dengan angka yang betul.

Kad angka pelekat

PENUTUP
  (4 MINIT)

Kesimpulan tentang angka dan bilangan objek yang betul

1.Guru kumpulkan hasil kerja setiap kumpulan.

2. Guru menilai hasil kerja kumpulan.

3.Guru menyoal semula murid angka 1 – 5 dan padanan objek



1.Murid beri tumpuan pada arahan guru.


2.Murid memberi jawapan dengan bimbingan guru


Kad angka murid